Asalnya malas nak kemaskini Windows 11 versi terbaru. Tetiba semalam rasa nak 'Update'. Lepas dia 'Restart' tuh nampak loading skrin 'Login' lambat berbanding biasa. Bila bukak 'File Explorer' tuh dia, "Not Responding" terus. 3 kali jugak la 'Restart' komputer ni. Akhirnya terpaksa Google cari solusi untuk masalah ni.
Haa.. sape yang ada masalah yang sama, boleh cuba solusi yang ni;
Langkah-langkahnya:
1. Tekan kekunci windows+r
2. kemudian taip;
shell:recent\AutomaticDestinations
dan kemudian padam semua data yang ada disitu.
3. kemudian taip lagi;
shell:recent\CustomDestinations
padamkan juga semua data yang ada disitu.
4. kemudian pergi ke 'Recycle Bin' dan kosongkan isinya.
5. Restart PC. dan siap!
Komputer anda akan kembali laju dan 'File Explorer' akan menjadi laju seperti asal.






























